
Ringan Tapi Praktikal
Dengan berat di bawah 800kg, Dacia Hipster adalah antara EV paling ringan di pasaran. Walaupun badannya lebih pendek daripada mana-mana kereta yang dijual hari ini, ia masih menawarkan empat tempat duduk penuh dan ruang but sehingga 500 liter cukup besar untuk memuatkan sebuah mesin basuh.
Inspirasi Dari Ikon Automotif
Reka bentuk Hipster diinspirasikan oleh kereta-kereta lagenda seperti Mini klasik, Fiat 500, dan Volkswagen Beetle, yang suatu ketika dahulu menjadi simbol mobiliti mampu milik. Dacia cuba menghidupkan kembali semangat itu, dengan fokus kepada asas mobiliti sebenar tanpa membebankan pengguna dengan ciri-ciri berlebihan.

Falsafah "Less is More"
Hipster dibina dengan falsafah bahawa kurang itu lebih baik. Dengan penggunaan bahan lebih minimum, binaan ringan, serta bateri yang dioptimumkan untuk kegunaan harian, ia menekankan kepentingan kecekapan kos dan kelestarian. Hasilnya, harga yang ditawarkan bakal lebih rendah berbanding EV paling murah di Eropah.

Mobiliti Bandar Masa Depan
Dacia Hipster tidak sekadar cuba menjadi kereta murah, tetapi mahu membuktikan bahawa pemilikan EV boleh jadi menyeronokkan, berpatutan, dan praktikal semula. Tiada gimik mewah, tiada sistem overkill hanya reka bentuk pintar yang fokus kepada kegunaan harian.

Persoalannya, adakah Dacia Hipster akan menjadi model rujukan baharu untuk kereta bandar Eropah? Dengan kombinasi harga mampu milik, praktikaliti dan warisan inspirasi retro, ia berpotensi besar untuk mengubah cara orang Eropah melihat kereta elektrik kecil.
Sumber: Autocar