Dacia Duster Commercial 2021 tawar ruang kargo sebesar 1,623 liter

oleh Mohamad Hanif|
Di negara kita, kenderaan komersial biasanya terdiri daripada van-van panel, trak pikap, serta lori yang lebih besar.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Namun di Eropah, para pemilik perniagaan turut ditawarkan dengan barisan kenderaan komersial yang asalnya merupakan model kenderaan penumpang.

Sebelum ini kami pernah menyiarkan kereta sekecil Yaris dijadikan sebagai kenderaan komersial ringan (Yaris ECOVan), dan ia kini disertai oleh sebuah pendatang baharu - Dacia Duster Commercial.

Jadi, meminjam kata-kata James May, 'Great News' bukan?
 

Dacia


Selain daripada tingkap belakang yang telah digelapkan, perbezaan yang paling ketara dengan versi SUV penumpang adalah ketiadaan tempat duduk baris kedua bagi memaksimumkan ruang kargo, di mana Duster Commercial kini mampu memuatkan barangan sehingga 1,623 liter, jauh lebih besar berbanding model standard (445 liter).

Disebabkan itu juga, Duster Commercial kini hanya mampu memuatkan dua orang sahaja pada satu-satu masa.
 

Dacia


Walaupun disasarkan untuk golongan peniaga kecil, Duster Commercial didatangkan lengkap dengan ciri seperti lampu DRL, kawalan jelajah, sistem inforainmen dengan sambungan Bluetooth dan USB, serta roda stereng dengan butang fungsi secara standard.

Pilih varian Comfort dan anda akan mendapat tambahan ciri seperti rim aloi, lampu kabus, serta skrin infotainmen bersaiz lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Namun, kedua-dua varian didatangkan standard dengan ciri keselamatan seperti brek kecemasan automatik, kawalan kestabilan dan bantuan suluhan tinggi automatik.
 

Dacioa


Terdapat empat pilihan enjin yang ditawarkan untuk Duster Commercial, dimulakan dengan enjin tiga silinder 1.0 liter turbo (90 hp/160 Nm), enjin empat silinder 1.3 liter turbo dengan dua talaan berbeza iaitu 130 hp/240 Nm, atau versi yang lebih berkuasa 150 hp dan 250 Nm.

Versi enjin diesel turbo pula memiliki kapasiti 1.5 liter yang mampu menghasilkan 115 hp dan daya kilas 260 Nm.

Kesemua varian didatangkan dengan konfigurasi pacuan roda depan, namun terdapat juga opsyen untuk model sistem pacuan semua roda.