Kembali bagi tahun keempatnya, Cycle & Carriage terus membuka jalan kepada belia yang layak untuk mengembangkan kerjaya mereka dalam industri automotif melalui pemberian Cycle & Carriage Study Grant 2022.
Cycle & Carriage Study Grant ialah program yang direka untuk membantu pelajar daripada pendapatan kumpulan atau isi rumah B40 yang berminat untuk meneruskan atau sedang mengikuti pengajian automotif.
Pemberian itu termasuk dermasiswa RM5,000 setahun untuk maksimum 3 tahun dan jawatan selama setahun dalam Cycle & Carriange selepas tamat pengajian mereka.
Pemohon geran pengajian tersebut mestilah warganegara Malaysia dan berumur 16 tahun ke atas yang mendaftar di institusi latihan automotif diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPS) dan Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Tinggi Pendidikan (KPT).
Tahun keempatnya menyaksikan empat individu berbakat terpilih, dimana mereka bakal menerima bantuan kewangan dan pengalaman industri serta peluang pekerjaan di Cycle & Carriage.
Geran pengajian itu merupakan sebahagian dari CSR jangka panjang syarikat itu sebagai usaha ke arah pembangunan masyarakat kurang berkemampuan dan pertumbuhan ekonomi tempatan dalam industri automotif.
Penerima yang dipilih akan menerima sokongan kewangan untuk melengkapkan pendidikan mereka, diikuti dengan penempatan dalam Cycle & Carriage untuk mendapatkan pengalaman industri selepas tamat pengajian.
4 penerima bagi Cycle & Carriage Study Grant 2022 ialah:
- Yaduveer A/L M Ratnavelu, 19 (Despark International College)
- Tan Jia Jian, 19 (Despark International College)
- Kok Yong Hong, 20 (Universiti Young & Aces)
- Choong Gi Yuan, 19 (Universiti Young & Aces)