Cycle & Carriage tawar vaksin COVID-19 untuk semua tenaga kerja

oleh Mohamad Hanif|
Kumpulan pengedar Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage baru-baru ini mengumumkan sokongan mereka terhadap inisiatif vaksinasi kebangsaan dengan menawarkan suntikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada semua tenaga kerja di cawangan seluruh negara.

Inisiatif terbaharu ini melambangkan komitmen Cycle & Carriage dalam usaha untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja, pelanggan dan komuniti masyarakat.

Menurut Wilfrid Foo, CEO Cycle & Carriage menjelaskan, "kami berasa amat bangga dapat memainkan peranan dalam memastikan keselamatan di tempat kerja, serta melindungi pekerja kami dengan inisiatif vaksinasi COVID-19.

"Sebagai sebahagian daripada masyarakat, Cycle & Carriage percaya kita perlu memainkan peranan penting di dalam perjuangan menentang pandemik ini. Lebih cepat kita mencapai kadar vaksinasi yang tinggi, lebih cepat ekonomi dan masyarakat dapat dibina semula," tambahnya.

 


Sehingga kini, Cycle & Carriage memiliki jaringan 11 buah Mercedes-Benz Autohaus di Semenanjung Malaysia, dengan kekuatan melebihi 800 orang tenaga pekerja.

Cycle & Carriage merupakan antara beberapa syarikat terawal di dalam industri automotif yang melaksanakan program vaksinasi massa yang bertujuan untuk memastikan lebih ramai pekerja mendapat perlindungan vaksin, baik dari pihak pengurusan sehinggalah kepada barisan juruteknik dan kakitangan perkhidmatan.

Segala kos vaksinasi akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat, dan suntikan pertama dos vaksin COVID-19 akan dimulakan seawal minggu ketiga Julai 2021.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penawaran geran ini merupakan sebahagian daripada komitmen Cycle & Carriage dalam menyokong…
Berita Domestik
Konsep baharu yang dimodenisasi ini meliputi segala elemen runcit dengan elemen Mercedes-Benz…
Berita Domestik
  Cyle& Carriage Bintang Berhad akan menjual saham-saham mereka di dalam syarikat Mercedes-…