Cycle & Carriage jual saham Mercedes-Benz kepada Daimler

oleh HEZERI SAMSURI|

 

Cyle& Carriage Bintang Berhad akan menjual saham-saham mereka di dalam syarikat Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) setelah Daimer AG, syarikat induk jenama Jerman itu telah menggunakan kuasa opsyen panggilannya.

Cycle & Carriage berkata ia akan menurut permintaan Daimler untuk menjual 49 peratus saham mereka di dalam MBM dengan harga RM66 juta.

Dengan itu, Cycle & Carriage tidak akan dapat menuntut dividen tahunan MBM berjumlah lebih kurang RM11.2 juta walaupun selepas ia diumumkan.

 

 

Penjualan itu bakal berlangsung pada 30 Nov 2019, setahun selepas notis dari Daimler.

Menurut CEO Cycle & Carriage, Wilfrid Foo, tindakan itu tidak akan menjejaskan prestasi dan kualiti pelanggan syarikat tersebut.

"Ia juga tidak akan memberikan impak kepada operasi perdagangan Cycle & Carriage di seluruh negara. Dengan 13 pusat jualan dan servis di seluruh negara, kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada Mercedes-Benz dan para pelanggan kami," ujar Wilfrid.

Add new comment

Careta Ad