Cycle & Carriage Johor Bahru berikan pengalaman suasana mewah untuk para pelanggan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bagi pengguna Mercedes-Benz, kemewahan sememangnya ada dalam setiap perincian dan bagaimana ia muncul dalam setiap aspek kehidupan anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selaras dengan penyampaian perjalanan yang luar biasa kepada pelanggannya, Cycle & Carriage baru-baru ini telah menghidupkan Mercedes-Benz Star Experience, gaya hidup mengasyikkan melalui acara pendidikan yang disusun khas untuk pemilik Mercedes-Benz.

 

2

 

Acara peribadi dan eksklusif itu telah diadakan di Autohaus Cycle & Carriage Johor Bahru, yang direka dengan hehadiran jenama Mercedes-Benz terkini dan kini menempatkan satu-satunya Pusat Badan & Cat Bertauliah Mercedes-Benz Malaysia di wilayah Selatan.

Pengurus Besar Cycle & Carriage - Ketua Servis Selepas Jualan, En. SV Balasubramanian berkata, “Mercedes-Benz Star Experience yang diadakan hari ini di Cycle & Carriage Johor Bahru bertujuan untuk mencipta pengalaman luar biasa tentang perkara lebih baik dalam hidup, yang disusun khas untuk pemilik Mercedes-Benz."

 

3

 

"Sesi mengasyikkan ini juga merupakan penghargaan kami kepada pelanggan, sambil menawarkan mereka pemahaman lebih komprehensif tentang perkhidmatan premium yang kami sediakan untuk keperluan Mercedes-Benz mereka”

Pengalaman mewah itu bermula dengan melihat masa depan dan usaha jenama tersebut dalam inovasi, dimana pelanggan dibawa melalui persembahan kenderaan elektrik dan demonstrasi Mercedes Me Connect.

 

4

 

Teknologi tersebut mempamerkan bagaimana pemilik Mercedes-Benz boleh mengakses dan mengawal kenderaan mereka dari jauh dengan telefon pintar.

Selaras dengan langkah ke arah masa depan yang bertenaga, pelanggan turut dibawa melawat bengkel untuk melihat secara langsung perkhidmatan perkhidmatan dan teknologi pembaikan, dengan tumpuan khusus pada teknologi yang dicipta untuk kenderaan hibrid plug-in Mercedes-Benz dan Mercedes-EQ.

 

5

 

Pelanggan juga berpeluang untuk melihat demonstrasi pembaikan badan dan nilai penggunaan alat ganti tulen di pusat servis oleh pakar yang mahir dalam mengendalikan pelbagai pembaikan pada kenderaan Mercedes-Benz.

Selain itu, pakar produk Cycle & Carriage turut memberikan pelanggan lawatan dalam kereta EQS 450+ dari barisan model Mercedes-EQ, yang mempamerkan ciri unik kenderaan masa hadapan.

 

6

 

Mereka juga berpeluang mempelajari tentang menggunakan perkhidmatan Mercedes Me untuk mendapatkan pemahaman lebih baik tentang tawaran yang dipertingkatkan untuk mencapai pengalaman digital mewah dan lancar di atas jalan.

Untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cycle & Carriage, anda boleh terus ke Cycle & Carriage Johor Bahru, dimana ia merupakan Cycle & Carriange yang terbesar dan satu-satunya Mercedes-Benz Malaysia Certified Body & Paint Centre di wilayah Selatan Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…