Cycle & Carriage Bintang membelanjakan RM18 Juta untuk naiktaraf bilik pameran

oleh SALINA JALIL|
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menetapkan penanda aras baharu apabila mencapai tahap mewah yang menyediakan bilik pameran premium dan eksklusif di pengedar Cycle & Carriage Bintang (CCB) yang terletak di Mutiara Damansara. Bilik pameran berkonsep serba moden dan terkini ini adalah yang pertama di Malaysia dan kedua di keseluruhan Asia Tenggara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Konsep baharu yang dipamerkan adalah untuk menunjuk komitmen CCB sebagai peneraju pengalaman mewah automotif premium sepanjang pemilikkan kenderaan Mercedes-Benz. Pendekatan yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan pengalaman mewah kepada pemilik semasa dan baharu untuk membuktikan sikap dedikasi MBM terhadap para pelanggan mereka. 

 

Menurut Dr. Claus Weidner, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif MBM, "Kehadiran jenama baharu mengubah hala tuju masa depan jenama mewah ini. Di Mercedes-Benz, kami sangat berbangga untuk memberikan dalam sebuah perjalanan mewah serta esklusif kerana kami percaya konsep ini akan memenuhi keperluan cita rasa pelanggan serta rakan kongsi kami. "

 

 

pic 1

 

Turut hadir semasa sesi perasmian adalah Wilfrid Foo, Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Bintang, yang menyatakan "Kami berbangga menjadi pusat jualan serta bilik pameran yang pertama membawa pengalaman jenama baharu Mercedes-Benz kepada para pelanggan kami di Malaysia. Inovasi baharu ini  akan memberikan pengalaman perjalanan secara digital dan ini akan memberikan satu pengalaman yang baharu serta merangkumi erti kata 'premium' yang sepenuhnya dan pelancaran pada hari ini adalah satu peristiwa penting dalam perjalanan kami untuk mencapai cita-cita itu. "

 

 

 

 

Aspek yang dibangunkan di bilik pameran ini diberikan penambahbaikan bermula dari  langkah pertama memasukki bilik tersebut dengan bantuan peribadi di ruang menyambut tetamu, di mana para pelanggan dialu-alukan dengan anggota kakitangan secara terhormat untuk membantu mereka mengalami perjalanan bersama Mercedes-Benz mereka, sama ada membeli kereta baharu atau semasa menunggu kenderaan mereka diservis.
 

 

Terdapat juga ruang 'digital media' di mana pelanggan boleh mengalami sendiri pengalaman berjenama di dunia maya dengan panduan dari 'Pakar Produk' di Autohaus itu sendiri . 

 

Untuk mereka yang menunggu kenderaan diservis, terdapat kafe bertaraf premium disediakan serta ruang menunggu  yang selesa untuk seisi keluarga.

 

Konsep digital media yang disediakan di seluruh bilik pameran adalah elemen yang paling menarik dalam bilik pameran baharu ini dan memainkan peranan utama dalam reka bentuk untuk mengoptimumkan pengalaman pelanggan, cara persembahan produk serta lebih menghiburkan berbanding bilik pameran biasa. 
 

 

Ini memberikan suasana yang lebih esklusif bagi para pelanggan untuk dinikmati serta memberikan pengalaman berbeza kepada peminat jenama premium ini.
 

 

Semua elemen baharu yang terletak dalam konsep bilik pameran baharu ini adalah dari gabungan aspek dan budaya identiti korporat MBM, jenama itu sendiri serta gambaran reka bentuk tercanggih yang menjangkau jenama premium tersebut.

 

Pendek kata, segala-galanya dijaga dengan perkhidmatan premium dari saat anda berjalan masuk ke bilik pameran sehingga ke titik di mana anda beredar pulang dengan kenderaan baru anda dan seterusnya. 

 

Untuk info yang lebih lanjut, sila layari www.mercedes-benz.com.my atau kunjungi bilik pameran telah dinaik taraf di Mutiara Damansara. Selepas ini tiga lokasi bilik pameran MBM yang akan dinaiktaraf adalah di Ipoh, Johor Bahru dan Alor Star.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) C&C, Thomas Tok berkata, walaupun negara dilanda pandemik Covid-…
Berita Domestik
  Ketua Rantau Asia Tenggara II dan MBM, Dr. Claus Weidner berkata, "Kami sangat gembira dengan…