Cycle & Carriage Bintang Glenmarie rangkul anugerah Dealer of The Year 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini mengumumkan senarai pemenang bagi anugerah berprestij Dealer of The Year bagi tahun 2020 yang mengiktiraf pencapaian para pengedar yang cemerlang di dalam menawarkan pengalaman pelanggan yang terbaik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat sehingga tujuh anugerah disampaikan terdiri daripada:

  • Best in Customer Services - Cycle & Carriage Bintang (Northern) Bukit Tengah
  • Best in Financial Services - Hap Seng Star Kinrara
  • Best in Business Excellence - Cycle & Carriage Bintang Mutiara Damansara
  • Best in Sales - Asbenz Stern Kuantan
  • Best in Customer Satisfaction Index (CSI)
  • Most Improved Dealer -  Hap Seng Star Setia Alam.
  • The Dealer of The Year 2020 - Cycle & Carriage Bintang Glenmarie

Menurut CEO Cycle & Carriage Bintang Berhad, Wilfrid Foo Tsu-Jin berkata, "ini merupakan satu penghormatan apabila dianugerahkan sebagai Dealer of The Year. Sepanjang tahun 2020, Cycle & Carriage Bintang tetap berdaya tahan dan berterusan memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada para pelanggan kami.

Mercedes-Benz Malaysia mempunyai jaringan pengedar terbesar di dalam segmen kenderaan premium dengan lebih 32 buah pengedar bertauliah di seluruh negara.