Cycle & Carriage Bintang diiktiraf pusat badan dan cat rasmi bagi Mercedes-Benz di Malaysia

oleh Afandi Che Muhamad|
Syarikat pengeluar kereta jenama Mercedez-Benz, Daimler AG semalam mengiktiraf Cycle & Carriage Bintang Berhad (Cycle & Carriage Bintang) sebagai Pusat Badan dan Cat rasmi untuk semua model kereta kelahiran Jerman berkenaan.

Cycle & Carriage Bintang yang juga merupakan pengedar sah Mercedez-Benz di Malaysia menerima pengiktirafan berkenaan selepas tiga fasiliti miliknya di Johor Bahru, Bukit Tengah dan Batu Caves berjaya menepati kriteria ditetapkan Daimler AG dalam ujian tahap kecekapan dijalankan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk rekod, Cycle & Carriage Bintang Batu Caves memperoleh sijil tahap kecekapan berkenaan pada tahun 2012 manakala dua yang lain baru sahaja dianugerahkan sekitar tahun lalu.

Kesemua ujian tersebut dijalankan di Akademi Latihan Mercedez-Benz Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Bintang, Wilfrid Foo berkata, kejayaan itu diraih berkat usaha pihaknya yang sentiasa mengutamakan pelanggan selain memastikan rutin penyelenggaraan dijalankan bertepatan dengan spesifikasi global ditetapkan untuk Mercedez-Benz.

"Pengiktirafan ini amat dihargai, ia sekali gus turut mencerminkan kualiti perkhidmatan selepas jualan kami dan  membina kepercayaan pelanggan dalam kalangan pemilik Mercedez-Benz di Malaysia.

"Rutin penyelenggaraan di sini dikendalikan pasukan teknikal terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang penyelenggaran badan dan cat kereta, jadi pengguna yang ingin menghantar kereta milik mereka ke setiap fasiliti terbaik boleh menikmati ketenangan minda tanpa perlu rasa risau akan kualiti perkhidmatan di sini," katanya dalam satu kenyataan.

 Jelas Foo, pihaknya turut menawarkan jaminan servis selama dua tahun khusus buat pelanggan mereka.

Harus diketahui, Cycle & Carriage Bintang mempunyai lebih daripada 12 auto-haus di seluruh negara termasuk 10 fasiliti khidmat selepas jualan.

Berita Berkenaan

Informasi
Bukan sahaja dari segi pergaulan sosial, malah ia juga turut merangkumi aspek urusan rasmi…
Berita Domestik
Konsep baharu yang dipamerkan adalah untuk menunjuk komitmen CCB sebagai peneraju pengalaman mewah…
Berita Domestik
Sebagai salah satu cara untuk menyambut ulang tahun yang ke-120, Cycle & Carriage Bintang…