Cycle & Carriage bawakan tema gaya hidup luar aktif di neu 1 Utama

oleh Penyumbang Rencana 2|
Cycle & Carriage sebagai salah satu pengedar terkemuka jenama Mercedes-Benz di Malaysia telah bekerjasama dengan Under Armour dan Thule untuk mempromosikan gaya hidup sihat dengan membawakan pengalaman aktiviti luar di neu by Cycle & Carriage di 1 Utama Shopping Centre.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada pameran koleksi pakaian oleh Under Armour, neu by Cycle & Carriage turut membawakan sesi bengkel yoga bersama penyanyi yang juga duta Under Armour, Atilia Haron. 
 

GLB


Menurut Thomas Tok, Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia berkata, "kami bersemangat untuk mencipta pengalaman luar biasa untuk komuniti di sekeliling kita, dan salah satu cara ialah dengan mengilhamkan gaya hidup aktif di kalangan rakyat Malaysia. 

"Kami mahu lebih ramai orang tahu bahawa Cycle & Carriage sedia untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan pengembaraan mereka yang seterusnya, sama ada memastikan perjalanan yang lancar di luar, atau memberikan inspirasi kepada lebih ramai individu untuk kekal aktif dalam kehidupan seharian mereka. 
 

GLB


Turut dipamerkan barisan model SUV Mercedes-Benz termasuklah Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC bagi membolehkan pengunjung meneroka ciri-ciri unik yang mampu menginspirasikan kembara luar mereka yang seterusnya. 

Pameran bertemakan "Outdoor Adventure" ini berlangsung sehingga 30 Oktober ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Cycle & Carriage telah mengadakan sebuah pameran fesyen masa depan bertemakan “Fashion Forward…
Berita Domestik
Kedai konsep itu akan menampilkan pameran daripada rakan-rakan strategik bagi menawarkan peluang…
Berita Domestik
neu by Cycle & Carriage (disebut sebagai noy, membawa maksud baharu dalam bahasa Jerman) bakal…