Cycle & Carriage Alor Setar Autohaus kini dibuka - pamer konsep baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Cycle & Carriage Bintang Berhad (C&C) dan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) secara rasmi membuka pusat pameran Cycle & Carriage Alor Setar Autohaus di mana ia merupakan pusat pameran pertama di wilayah utara yang membawakan konsep baharu kepada para pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep baharu yang dimodenisasi ini meliputi segala elemen runcit dengan elemen Mercedes-Benz Retail Brand Presence bermula dari kaunter alu-aluan, pusat jualan dan servis, khidmat penghantaran, dan dibantu secara kolektif oleh pendekatan peribadi dan elemen digital.

 


Di lokasi baharu, pusat servis ini mampu menempatkan sehingga enam ruang bekerja dan mampu menampung sehingga 240 unit kenderaan dalam masa satu bulan.

Konsep Mercedes-Benz Retail Brand ini diperlihatkan buat kali pertama di Cycle & Carriage Mutiara Damansara Autohaus pada Ogos 2019, di mana Cycle & Carriage Alor Setar Autohaus merupakan lokasi kedua yang membawakan konsep yang serupa.

Dua buah lokasi bakal membawakan konsep baharu ini iaitu di Johor Bahru dan Ipoh dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.