Cybertruck - Elon elak jawab isu bila akan mula dihasilkan

oleh HEZERI SAMSURI|
Trak pikap paling unik sekarang ini ialah Tesla Cybertruck.

Unik bukan kerana ia menggunakan tenaga elektrik, tetapi kerana rekabentuknya yang tidak ubah seperti sendal pintu.

Ia juga membuktikan gejala ketaksuban juga wujud di kalangan "bijak pandai" kerana pengikut setia Elon mengatakan ia adalah trak pikap paling cantik sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun begitu, penganalisa automotif ramai berkata bentuk itu tidak akan melepasi sebarang homologasi kenderaan dunia dan perlu ada banyak penambahan lain.

Dan pendapat mereka mungkin benar kerana Elon mengelak pertanyaan mengenai bila Cybersendalpintu itu akan mula dikilangkan.

Soalan itu diajukan kepadanya melalui laman Twitter bila Elon menunjukan lokasi kilang yang bakal membina trak pikap EV itu. Terletak di Austin, Texas, trak itu sepatutnya mula dihasilkan dan di serahkan kepada pemilik-pemiliknya tahun ini.

 

 

Elon mengelak soalan tersebut dan menyebut bahawa produksi Model Y pula akan dihadkan tahun ini tetapi pengeluaran tinggi akan dilaksanakan tahun hadapan.

Tesla melancarkan konsep Cybertruck dalam tahun 2019 dan berkata varian motor tunggal dan dwi motor akan dihasilkan pada penghujung tahun 2021.

Selepas itu Tesla mengumumkan bahawa varian tiga-motor akan dibina dahulu, dan varian-varian lain akan bermula pada penghujung tahun 2022.

Varian tiga-motor itu menjanjikan jarak perjalanan sejauh 805 km dengan sekali caj dan kadar menarik beban (towing) pada 6,350 kg.

Kebanyakan penganalisa automotif mengambil sikap tunggu dan lihat kerana dengan Elon, matahari pun mungkin dikatakan milik anaknya, X Æ A-12. Paling menarik, fakta temberang itu pun akan dipercayai oleh pengikut setianya! 


* Laporan lengkap di Washington Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…
Berita Global
Beliau dipetik berkata demikian ketika pengumuman kewangan Tesla untuk Q4 2023. Pada suku yang…