Cybertruck Dapat Suntikan Steroid Mansory – Siap Ada Sayap Ala Ferrari

oleh Qalif Latif|
Beberapa bulan lalu, Mansory buat kejutan dengan memperkenalkan versi ubah suai Tesla Cybertruck yang dinamakan Elongation. Tapi nampaknya tu baru “teaser”. Kini, syarikat tuning dari Jerman tu kembali dengan versi lebih ekstrem Elongation Evo dibina khas untuk pasaran Timur Tengah.

Mansory
Mansory
Badan Karbon Sepenuhnya

Elongation Evo ni secara asasnya pakai bahagian sama macam model Elongation sebelum ni, tapi kali ni seluruh bahagian luarannya dilitupi forged carbon fiber dari muncung depan sampai ke pintu belakang. Penampilan “robotik” asal Cybertruck jadi makin dramatik, sampaikan body stainless steel tu nampak ‘biasa’ pula.

Mansory buang bonet dan fascia depan asal, gantikan dengan versi karbon yang lebih agresif, lengkap dengan lampu LED DRL baharu. Panel tiang A, bingkai tingkap, sisi pintu, dan bahagian bed juga ditambah trim karbon.

Rim 26 Inci & Fender Besar

Pickup elektrik ni dipasang rim gergasi 26 inci yang dimuatkan di bawah lengkuk fender karbon lebar. Secara visual memang menonjol habis, tapi mungkin tak semua orang boleh hadam gaya ni sama ada kau suka gila, atau kau rasa ini overkill.

Mansory

Mansory
Belakang Ala Ferrari FXX-K

Bahagian belakang pulak agak kontroversi. Mansory nampaknya terinspirasi dari Ferrari FXX-K dan letak dua wing kecil (winglet) di belakang.
Mansory


Kalau kat Ferrari, aerodinamik tu logik. Tapi kat Cybertruck? Lebih kepada kosmetik dari fungsi. Juga ada diffuser baru dan logo Mansory bercahaya di bahagian ekor.

Kabinnya? Kombinasi Hitam, Putih, dan Kuning

Mansory

Bahagian dalam sama je macam versi Elongation asal upholstery gabungan hitam, putih, dan kuning terang. Tak banyak info tambahan diberi, tapi kombinasi tu memang nak tarik perhatian.

Mansory

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebaliknya, kesemua 10 unit Tesla Cybertruck itu disumbangkan oleh Ben Horowitz, seorang bilionair…
Berita Global
Berdasarkan dokumen kontrak kerajaan yang dimuat naik secara rasmi, USAF sedang mencari Towable…
Berita Global
Pemandangan luar biasa ini mula mendapat perhatian selepas satu video tular di Instagram…