Cybersecurity keluar garis panduan dapatkan data dashcam secara forensik

oleh Mohamad Hanif|
Kamera perakam pemanduan (atau lebih mesra disebut dashcam) kini merupakan satu alat yang cukup penting dalam pemanduan seharian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rakaman yang diperoleh sewaktu memandu sebenarnya boleh dijadikan bahan bukti penting terutama apabila berlaku sesuatu kejadian seperti kemalangan atau pelanggaran.

Ia membolehkan punca sesuatu kejadian dikenalpasti, selain mengesan kenderaan atau individu yang terlibat dan membantu mangsa memfailkan tuntutan insurans.

Pihak Cybersecurity Malaysia telah mengeluarkan garis panduan untuk mendapatkan data dashcam dari sudut forensik untuk menjamin keutuhan data tersebut.

 

1. Kenal pasti jenama, model, dan nombor siri dashcam

dashcam


Maklumat ini boleh didapatkan menerusi menu tetapan, atau informasi pada dashcam itu sendiri.

 

2. Rekodkan sela waktu

sirim


Pastikan anda merekodkan perbezaan waktu antara kamera dashcam dengan catatan waktu semasa (boleh rujuk di laman web https://mst.sirim.my/)

 

3. Pilih dan muat turun rakaman video

dashcam


Dengan menggunakan aplikasi peranti pintar, pilih rakaman video dan muat turun rakaman tersebut ke dalam peranti anda.

Jika kamera tersebut tidak didatangkan dengan aplikasi, keluarkan kad memori dan sambungkannya ke komputer untuk memilih dan menyalin fail video yang dikehendaki.

Elakkan melakukan perkara seperti membuat suntingan pada fail, ini kerana perbuatan sedemikian dikira sebagai mengubah bukti.

Elakkan juga memindahkan video dengan menggunakan medium seperti WhatsApp atau Telegram, dibimbangi perbuatan ini akan mengecilkan saiz fail asal dan mengubah bukti.

 

4. Kira hash value (nilai cincangan)

hash


Nilai cincangan merupakan satu algoritma matematik yang digunakan untuk membuktikan sesuatu fail itu tidak diusik, kebiasaannya menggunakan kod SHA-1 atau SHA-256.

Anda boleh menggunakan aplikasi seperti HashMyfiles (komputer), Hash Droid (Android) atau iHasher (iOS) untuk mengira nilai SHA-1 atau SHA-256.

 

5. Susun semua fail dalam satu folder

folder


Segala fail dokumen yang telah diperoleh perlu disusun di dalam satu folder khas:
-Rakaman video
-Gambar tetapan kamera dashcam
-Gambar tarikh dan waktu yang dipaparkan di dalam laman web http://mst.sirim.my
-Nilai cincangan rakaman video

 

6. Masukkan bukti ke dalam bungkusan fizikal

folder


Anda boleh simpan kesemua bukti di atas ke dalam pemacu USB, CD atau DVD, sebelum memasukkan media simpanan ini ke dalam sampul.

Pastikan butiran seperti nama, tandatangan, tarikh dan waktu semasa ditulis pada sampul.

 

7. Serahkan bungkusan kepada pihak berkuasa/syarikat insurans

Bungkusan yang telah siap itu boleh diserahkan kepada pihak berkuasa atau syarikat insurans untuk tujuan pelaporan.
 

dashcam


Anda sudah ada dashcam atau baharu sahaja beli dashcam? Boleh rujuk gambar rajah di bawah untuk proses pemasangan kamera tersebut pada kenderaan anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Forum tersebut dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha MITI yang…