Cyan Racing dedah imej konsep kereta lumba Lynk & Co 03 TCR - 500 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Penyertaan sesebuah jenama automotif ke dalam bidang perlumbaan dan sukan permotoran merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk memberikan promosi yang lebih, terutama bagi jenama yang sedang meningkat naik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lihat sahaja jenama automotif tempatan, Proton dengan penglibatan mereka dalam sukan permotoran ralli dan menyertai perlumbaan utama suatu ketika dahulu, terbukti mampu mengalahkan beberapa jenama besar dunia. 

 

Menerusi Cyan Racing yang sebelum ini merupakan divisyen sukan permotoran di bawah Polestar, mereka kini dikatakan sudah bersedia untuk menyertai FIA World Touring Car Cup pada tahun 2019, akan tetapi mereka kali ini tidak menggunakan jentera dari Volvo sepertimana sebelumnya. 
 


Menurut CEO pasukan tersebut, Christian Dahl menjelaskan, "misi kami untuk merampas kembali gelaran Juara Dunia di samping meneroka potensi baharu bersama jenama Lynk & Co, menggunakan pengalaman perlumbaan kami sedia ada serta kombinasi data yang berkaitan."

Menggunakan jentera daripada jenama baharu di bawah naungan Geely, Lynk & Co 03 TCR dipersiapkan untuk menghadapi saingan daripada para pengeluar seperti Audi, Alfa Romeo, Honda, Hyundai, Peugeot, SEAT dan juga Volkswagen. 
 


Apa yang pasti, dengan pengalaman, bantuan teknikal dan pengetahuan know-how daripada rakan Sweeden, Geely mahukan dunia sedar akan kehadiran jenama Lynk & Co menerusi jentera berwarna biru dengan kuasa sekitar 500 hp.

Di belakang stereng, juara World Touring Car 2017 Thed Björk diberikan tugas untuk mengendalikan jentera ini untuk musim perlumbaannya yang ketujuh bersama Cyan Racing. 
 


Tentunya ramai yang tidak sabar untuk menantikan bagaimana Geely menerusi Lynk & Co ini beraksi menawan litar perlumbaan pada tahun hadapan, di samping bersaing untuk merebut gelaran juara.