Cuti Tahun Baru Cina, sejuta kenderaan dijangka pulang ke Kelantan

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 30 kawasan panas berisiko tinggi berlaku kemalangan jalan raya akan diberi tumpuan dalam Op Selamat 16/2020 sempena Tahun Baru Cina, bermula 18 Januarai hingga 1 Februari ini.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan berkata, antara kawasan yang sering kali berlaku kemalangan maut ialah jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kilometer 20-35, 56-58 dan Kilometer 61-70.
Modenas

 

“Kira-kira satu juta rakyat Kelantan dijangka pulang sempena cuti panjang perayaan itu selama seminggu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 16/2020 di Bukit Yong Pasir Puteh, hari ini.

 

Beliau berkata, jalan lain yang sering berlaku kemalangan biasa pula ialah Kota Baharu-Pasir Puteh; Kota Baharu-Pasir Mas; Kota Baharu-Kuala Krai dan Jalan Padang Garong-Jalan Mahmud.

 

Katanya, sebanyak 495 kemalangan membabitkan 11 kematian sepanjang sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu.

 

Hassanuddin berkata, seramai 100 anggota polis trafik akan mengawal lalu lintas secara berjadual setiap hari sepanjang operasi itu.

 

Beliau berkata, selain mengawal lalu lintas, polis juga akan memberi tumpuan terhadap jenayah pecah rumah apabila banyak rumah yang ditinggal kosong selepas penghuninya pulang ke kampung halaman masing-masing.

 

“Kita sangat berharap terutama penunggang motosikal lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya.

 

“Pastikan ciri keselamatan termasuk brek dan lampu isyarat berfungsi dengan baik terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.

 

 

Sumber: Bernama

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Atas dasar itu. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin menasihatkan mereka yang datang…
Berita Domestik
Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kutipan itu bermula 17 September sehingga Isnin lalu dan…
Berita Domestik
  Beliau berkata, pihaknya masih mengekalkan 10 sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini membabitkan…