Cuti SST: Sime Darby Motors catat peningkatan kadar jualan kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi pengumuman Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) yang dibuat oleh kerajaan bagi merangsang perkembangan ekonomi Malaysia menyaksikan kenaikan kadar jualan yang dicatatkan oleh Sime Darby Motors.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan bahagian Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata, "respons pasaran adalah positif, walaupun ramai yang masih berwaspada dengan norma baharu, pelanggan juga turut melihat kenderaan peribadi sebagai sebuah pelaburan penting untuk keselamatan dan dalam masa yang sama mengekalkan penjarakan sosial.

"Dengan pengecualian cukai sebagai satu insentif, kami turut melihat kembalinya kadar jualan terhadap jenama-jenama di bawah Sime Darby Motors seperti sebelum tempoh PKP dilaksanakan.

Antara jenama-jenama automotif di bawah naungan Sime Darby termasuklah BMW, MINI, BMW Motorrad, Volvo, Jaguar, Land Rover, Porsche, Ford dan Hyundai, serta Sime Darby Auto Selection yang menjual kenderaan pra-milik.

Selain daripada itu, Sime Darby Motors baru-baru ini melancarkan program korporat yang membolehkan sesebuah syarikat, barisan pengarah, pekerja dan pasangan hidup untuk menikmati diskaun sehingga 10 peratus daripada harga jualan yang dicadangkan dengan setiap pembelian minimum dua unit kenderaan daripada Sime Darby Motors.

Sime Darby Motors turut melabur sebanyak RM560 juta bagi membangunkan Sime Darby Motors City yang terletak di Ara Damansara, iaitu deretan bilik pameran yang berkonsep seperti pusat membeli belah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…
Berita Global
PT Performance Motors Indonesia menandakan usaha pertama Sime Darby Motors di Indonesia, sekaligus…
Berita Domestik
Detik bersejarah itu diraikan bersama-sama 1,000 orang pemilik pertama BYD di dalam satu majlis…