Cuti Raya Aidiladha - PLUS ingatkan pengguna tambah nilai lebih awal elak kesesakan

oleh Mohamad Hanif|
Bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa, PLUS menasihatkan agar pelanggan merancang perjalanan mereka dan paling utama, menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepertimana musim perayaan dan cuti panjang yang lalu, PLUS menjangkakan jumlah trafik yang menggunakan lebuhraya akan melonjak dengan mendadak berbanding hari-hari biasa, peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding hari biasa. 

Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas sekiranya masih terdapat pelanggan yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi.

 Apabila ini berlaku, ia sudah pasti mengganggu keselesaan dan perjalanan pelanggan yang lain. 

Harus diingatkan, setiap tahun PLUS tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol. 
 

gambar hiasan

Alternatifnya, terdapat kira-kira 10,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara yang merangkumi mesin ATM, R&R, stesen minyak, pasaraya, kiosk layan diri dan lain-lain lagi. 

Pada masa yang sama, PLUS juga ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan e-Wallet PayDirect masih lagi tidak tersedia pada ketika ini. 

Oleh yang demikian, mereka dinasihatkan supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka dan menggunakannya untuk semua transaksi tol di lebuhraya kendalian PLUS.

PLUS juga menasihatkan supaya pelanggan lebuhraya menggunakan Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuhraya. Maklumat trafik juga dihebahkan secara berterusan menerusi Twitter PLUSTrafik serta papan tanda elektronik di lebuhraya.

 


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan lebuhraya dan mendoakan perjalanan yang selamat dan penuh keceriaan bersama keluarga di musim perayaan ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…