Curi motosikal - Lelaki miliki 20 rekod jenayah ditahan

oleh SALINA JALIL|
Polis menahan seorang lelaki di sebuah premis di Jalan PJU 5/13, Dataran Sunway, di Petaling Jaya, selepas terbabit dalam kes curi motosikal Rabu lalu.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihak polis menahan suspek berusia 28 tahun itu dan merampas motosikal Modenas Karisma.

 

Menurutnya, semakan nombor enjin mendapati ia dilaporkan hilang di Kelana Jaya.

 

"Semakan juga mendapati suspek mempunyai 20 rekod lampau atas pelbagai kesalahan jenayah.

"Suspek kini dalam tahanan reman dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk mendapat arahan selanjutnya," katanya.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, kes pertama membabitkan video berdurasi 47 saat yang dimuat naik menerusi satu '…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan…
Berita Domestik
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, dua lelaki tempatan…