Curi dari bangkai kapal perang lama British di perairan Pahang, APMM tahan kapal pengangkut China

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan kira-kira 100 butir peluru meriam kapal perang dunia kedua dipercayai masih aktif dalam kapal pengangkut dari China, yang ditahan pada Ahad lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata penemuan itu adalah hasil kerjasama APPM dengan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Warisan Negara.

Beliau berkata operasi yang bermula 8 pagi dan berakhir 4 petang tadi melibatkan dua aset APMM bersama 15 pegawai dan anggota, 12 anggota unit pemusnah bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, tujuh anggota Jabatan Warisan Negara dan seorang anggota Jabatan Laut Malaysia.

"Kita tidak menolak kemungkinan kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China ini terlibat dalam aktiviti pencurian bangkai kapal perang lama British di perairan Pahang... Kesemua peluru pelbagai saiz yang ditemui telah diambil dan dibawa oleh unit pemusnah bom untuk dimusnahkan," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Nurul Hizam juga berkata laporan lanjut berkaitan penemuan itu akan dikeluarkan oleh PDRM.

Sebelum ini, Bernama melaporkan sebuah kapal pengangkut telah bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 20.1 batu nautika timur, Tanjung Siang di Kota Tinggi pada Ahad dan didapati membawa besi buruk serta peluru meriam lama.

Media turut melaporkan baru-baru ini bahawa terdapat sebuah kapal korek asing dikesan menjalankan operasi haram mengambil besi buruk dari bangkai kapal perang dunia kedua milik British yang karam di kawasan perairan Kuantan

 

Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Setibanya bot ronda APMM di lokasi tersebut, didapati bot anchor serta lori tangki berada…
Berita Domestik
"Ketika cuba dirapati, bot nelayan tersebut tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri…
Berita Domestik
    Menurutnya, daripada jumlah itu, perairan Terengganu paling banyak melakukan pelupusan iaitu…