Curi bahan api di Pangkalan Udara PDRM, enam termasuk tiga anggota polis ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Tiga anggota polis antara enam individu yang ditahan susulan laporan kehilangan bahan api jenis kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata tiga suspek berkenaan adalah pegawai rendah polis yang bertugas di dalam Pangkalan Udara berkenaan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata polis menerima satu laporan polis berhubung kehilangan bahan api itu pada 15 Julai lalu.

Berdasarkan laporan diterima, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah amanah.

Hasil siasatan, beberapa siri tangkapan dilakukan pada 16 Julai lalu yang membawa kepada penahanan enam orang lelaki berusia 31 hingga 55 tahun.

Kesemua suspek kini direman antara dua hingga 7 hari bermula dari tarikh tangkapan sehingga 23 Julai depan.

Tambah Datuk Hussein, polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang walaupun kes melibatkan pihak polis.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata…
Berita Domestik
Beliau berkata, kes pertama membabitkan video berdurasi 47 saat yang dimuat naik menerusi satu '…
Berita Domestik
"Kita masih menunggu siasatan, saya tidak boleh komen dahulu. Saya tidak mahu membuat kesimpulan…