CURA - solusi hospital sementara untuk pesakit COVID-19 daripada kontena

oleh Mohamad Hanif|
Kebanyakan negara dalam dunia sudah mula menerima kebanjiran kes-kes COVID-19 sehingga mengakibatkan insiden kekurangan ruang untuk menampung bilangan pesakit yang semakin meningkat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara langkah yang diambil adalah mentransformasikan dewan-dewan sedia ada kepada hospital sementara, seperti contoh di Amerika Syarikat dan juga negara kita sendiri Malaysia yang menggunakan ruang dewan pameran di MAEPS.

Namun, terdapat satu alternatif pembinaan hospital sementara menggunakan kontena yang dinamakan sebagai Connected Unit for Respiratory Ailment (CURA).

 


CURA merupakan hasil kerjasama Carlo Ratti Associati, Italo Rota, Studio FM Milano, Humanitas Research Hospital, Jacobs dan Squint/opera di mana ia menawarkan solusi kepada hospital yang mengalami kesesakan kes-kes baharu yang masuk saban hari.

Setiap binaan kontena boleh menempatkan sehingga dua orang pesakit pada satu-satu masa serta dilengkapkan dengan peralatan perubatan yang diperlukan untuk pesakit COVID-19 termasuklah ventilator.

 


Konfigurasi modular yang ditawarkan membolehkan hospital ini dibina dengan pantas di kawasan yang luas, seperti contoh di kawasan parkir, dan juga padang.

Malah, memandangkan rekaan kontena adalah standard untuk satu dunia, CURA boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat lain bergantung kepada kapasiti dan keperluan semasa.

 


Setakat ini, CURA masih lagi diperingkat konsep, dan prototaip pertama CURA sedang dibangunkan di Milan, Itali.

 


Sumber: CURA melalui Amanz