CUPRA buat cermin sisi guna pencetak 3D, lagi cepat siap

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pencetak 3D telah terbukti membantu dalam kehidupan seharian dan kemampuannya lebih terserlah sejak tercetusnya wabak Covid-19. 

Banyak syarikat dan individu telah tampil membantu dengan mencetak pemegang pelindung muka dan mendermanya kepada pusat kesihatan.

Pencetak 3D bukan setakat boleh menghasilkan barang harian tetapi juga komponen kereta.

Ini yang dibuktikan oleh jurutera CUPRA dalam menghasilkan komponen untuk kereta lumba Leon Competición.

Di antara komponen dihasilkan ialah cermin sisi, saluran udara dan saluran penyejukan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
A-3D-printed-racecar_07_HQ

 

Teknik cetakan 3D juga membolehkan pengeluar mengurangkan penggunaan minyak dan pada masa sama meningkatkan kestabilan, kelajuan dan keselamatan yang merupakan ciri penting untuk perlumbaan dan kereta umum.

Proses membuat cetakan cermin sisi memerlukan sekitar 20 jam dan CUPRA boleh menghasilkan enam unit sekaligus.

Ini membolehkan pasukan pembangunan membuat pelbagai rekaan secara serentak yang dibuat dengan kerjasama HP.

Hasilnya pelbagai jenis rekaan prototaip boleh diuji dengan pantas dalam terowong angin bagi mengenalpasti rekaan terbaik dari segi aerodinamik.

 

A-3D-printed-racecar

 

Di dalam proses tersebut, komponen yang dicetak dipasang pada kereta dan diuji dengan angin berkelajuan lebih 289 km/j dengan sensor mencerap data bagi mengkaji kesannya.

Data rintangan kereta dipaparkan pada skrin untuk jurutera dan pereka membandingkan hasil cetakan yang berbeza.

Perbezaan sekecil mungkin boleh menghasilkan sesuatu yang berbeza dalam sukan permotoran dan sangat penting untuk sesuatu komponen cetakan 3D memainkan peranan dalam mengurangkan penggunaan minyak dan juga meningkatkan kestabilan, kelajuan dan keselamatan.

Setelah siap, proses pembangunan akhir komponen cetakan 3D diuji di litar lumba Portimao di Portugal. 

 

CUPRA 3D

 

Setakat ini CUPRA telah mencetak komponen untuk Leon Competición yang berkuasa 355bhp dari enjin 2.0 liter dengan kelajuan maksimum 289 km/j. 

Sebuah lagi kereta lumba yang menggunakan komponen cetakan 3D ialah e-Racer, kereta lumba elektrik dengan pecutan 0 hingga 97 km/j hanya dalam 3.2 saat sahaja.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

CUPRA 3D

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada setengah tahun pertama (H1) 2024, Cupra mencatatkan rekod penyerahan sebanyak 125,700 buah…
Berita Global
Berbanding model asas Born, Born VZ telah diberi naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch…
Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…