Cullinan laku keras, Rolls-Royce tak mampu penuhi tempahan baharu!

oleh Mohamad Hanif|
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Tahun 2018 memang merupakan tahun terbaik buat pembuat automotif super mewah Rolls-Royce yang kini dimiliki oleh BMW, dengan 4,107 unit kenderaan telah berjaya diedarkan ke seluruh dunia. 

Ia ditambah lagi dengan pengenalan model SUV Cullinan yang berjaya menggalakkan lagi trend pemilikan SUV di kalangan mereka yang sudah tidak tahu ke mana mahu menghabiskan duit berkepuk-kepuk. 

Permintaan yang memberangsangkan daripada para pelanggan terhadap Cullinan, sehinggakan menurut CEO Rolls-Royce, Martin Fritches memberitahu mereka masih bertungkus lumus untuk menyiapkan tempahan SUV tersebut. 
 


Bercakap kepada Automotive News, walaupun mereka sudah menambah bilangan tenaga pekerja sebanyak 200 orang, dan operasi pengeluaran kini mencapai 100%, Rolls-Royce masih tidak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan. 

Difahamkan, SUV yang baharu sahaja diperkenalkan tahun lalu kini sudah penuh ditempah sehingga bulan Julai ini, dan ia masih tidak menghalang orang ramai (baca: orang kaya) daripada terus menempah Cullinan. 

Fakta menarik yang diperoleh menunjukkan kebanyakan pembeli Cullinan sudah pun mempunyai sekurang-kurangnya sebuah Rolls-Royce Dawn atau Phantom di dalam garaj mereka. 

Baca: Jutawan beli enam unit Cullinan kustom

Baca: Tidak ada satu unit Cullinan yang sama spesifikasi - CEO Rolls-Royce

 


Untung betul Rolls-Royce, hanya kerana SUV Cullinan mereka, kilang pemasangan terus tidak menang tangan untuk penuhi tempahan. 

Siapa kata buat SUV tidak menguntungkan?
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan pertama, peniaga itu didakwa memandu secara melulu sehingga berlaku pelanggaran…
Model Terbaharu
Untuk pengetahuan anda, dua buah CX-60 dikesan itu merupakan unit pandu uji yang sedang dipandu…
Berita Global
Tayron pada asasnya adalah pengganti bagi model Tiguan AllSpace untuk pasaran Eropah, di mana ia…