Cukai jalan Sabah/Sarawak/Langkawi/Labuan - boleh perbaharui di pejabat pos

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengumuman untuk tidak membenarkan cukai jalan kenderaan dengan enjin lebih dari kapasiti 2,000 cc di pejabat pos dalam kawasan Sabah, Sarawak, Labuan dan Langkawi yang diumumkan tempoh hari kini telah dibatalkan.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pemilik-pemilik kenderaan boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka di mana-mana pejabat pos di dalam empat kawasan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anthony berkata arahan untuk tidak membenarkan kenderaan dari empat kawasan itu untuk memperbaharui cukai jalan di pejabat pos tidak dilakukan oleh pihak kementerian, tetapi dicadangkan oleh pihak JPJ.

"Arahan itu tidak dilakukan oleh pihak Kementerian Pengangkutan tetapi dari pihak JPJ," ujar menteri tersebut semasa wawancara dengan RTM di Miri.

"Kami sedang mengkaji platform-platform di mana pengguna boleh memperbaharui cukai jalan mereka. Dalam masa itu, mereka boleh melakukan pembaharuan cukai jalan mereka seperti biasa," ujarnya.

Menurut Anthony lagi, proses pembaharuan cukai jalan di Sabah dan Sarawak masih banyak dilakukan di pejabat-pejabat pos kerana kawasan kedua negeri tersebut yang sangat besar.

Ada lebih banyak cawangan pos dari cawangan JPJ dan banyak dari kenderaan-kenderaan dengan enjin melebihi kapasiti 2.0L berada di kawasan pendalaman. 

Semalam, pihak JPJ melaporkan ketirisan melebihi dari RM50 juta berlaku akibat proses pembaharuan cukai jalan dari Januari sehingga Ogos tahun ini sahaja.

Lebih dari 50 peratus pembaharuan di Sabah, Sarawak, Labuan dan Langkawi membabitkan kenderaan-kenderaan yang didaftarkan dan digunakan diluar dari empat kawasan tersebut.

Di bawah Anthony Loke, Kementerian Pengangkutan membenarkan penjualan nombor plet negeri dibeli dari mana-mana cawangan JPJ dalam usaha untuk meraih pendapatan kementerian yang lebih tinggi.

Ini bermakna plet-plet negeri tidak lagi mewakili kenderaan yang didaftarkan di dalam negeri-negeri tersebut.

Masalah yang terbaharu ini juga membuktikan pihak kementerian tidak tahu lokasi sebenar kenderaan-kenderaan beroperasi.

Ia juga mencerminkan masalah perhubungan antara kementerian dan JPJ yang nampaknya masih tidak serasi.

* Gambar utama dari Borneo Post

Berita Berkenaan

Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…