Cukai Barang Mewah mula dilaksana 1 Mei 2024 - termasuk kereta atas RM200k

oleh Mohamad Hanif|
Laman Utusan Malaysia melaporkan pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi atau Cukai Barang Mewah seperti barang kemas, jam tangan berjenama dan kereta akan bermula pada 1 Mei 2024.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Cukai baharu itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada bulan lalu.

Anwar juga Menteri Kewangan berkata, kementeriannya dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan dasar dan perundangan cukai membabitkan barang bernilai tinggi.

“Mekanisme pelaksanaan, jenis barang dan kadar cukai barang bernilai tinggi akan diumumkan sebaik sahaja perkara-perkara tersebut dimuktamadkan dan diluluskan oleh jemaah menteri,” katanya dalam jawapan bertulis Chong Zhemin [PH-Kampar] di Dewan Rakyat semalam.

Pada 27 Oktober lalu, media melaporkan, cukai itu dijangka dikenakan ke atas barangan mahal seperti jet peribadi, kapal layar, barangan kemas dan kereta mewah.

Selain itu, cukai tersebut juga dikatakan akan dikenakan ke atas kereta yang dijual melebihi RM200,000, jam tangan melebihi RM20,000 dan barangan kemas berharga melebihi RM10,000.

Sumber: Utusan