Cuci wang haram - 23 kereta mewah dirampas

oleh Mohamad Hanif|
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai sebanyak RM5 juta dan 23 kenderaan mewah dalam siasatan pengubahan wang haram dan sindiket Macau Scam sejak beberapa hari lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada masa sama, SPRM sudah menahan 20 suspek berhubung siasatan kes itu iaitu 11 orang awam, lapan kakitangan penguat kuasa dan seorang warga China.

Selain itu, SPRM juga sudah membekukan sebanyak 730 akaun bank yang mempunyai nilai RM80 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata kenderaan mewah terbabit dipercayai daripada hasil keuntungan kegiatan penipuan itu.

"Sebanyak 23 kenderaan yang mewah ditahan, tiada yang kecil-kecil. Pada kami kenderaan ini hasil dan keuntungan daripada pihak-pihak yang terbabit.

"Antaranya kenderaan-kenderaan mewah itu adalah Bentley, (Ford) Mustang, Roll Royce, Ferrari, Lamboghini, Porche, (Nissan) GTR dan beberapa motosikal berkuasa tinggi," katanya dalam temubual secara langsung menerusi slot 'SPRM 360' di MACCfm hari ini.

Azam berkata semua aset berkenaan dan wang tunai berkenaan dianggap sebagai hasil kerajaan.

Katanya, SPRM dalam proses untuk melucuthak akaun dan aset yang cuba 'dicuci' dan membawa kes ke mahkamah untuk rampasan itu dimasukkan sebagai hasil kerajaan.

"Sindiket ini sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu dan kita curiga bagaimana mereka boleh berleluasa. Kita akan rampas (akaun, aset) untuk dijadikan hasil kerajaan kerana ini adalah wang hasil penipuan," katanya.

 


Beliau berkata, SPRM juga akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) untuk melihat jika ada kesalahan lain yang dilakukan sindiket berkenaan.

Katanya, selain penggunaan Akta SPRM 2009 seperti Seksyen 16 dan 17, mereka turut menguatkuasakan peruntukan Kanun Keseksaan seperti kesalahan menipu dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

BH melaporkan, SPRM menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merampas wang tunai RM100,000, berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam.

Empat pegawai kanan terbabit masing-masing seorang berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan, Deputi Superintendan dan Asisten Superintendan serta dua anggota berpangkat Lans Koperal ditahan sejak petang kelmarin hingga tengah hari tadi, manakala empat lagi ditahan petang tadi.

Semua anggota terbabit bertugas di Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor.

Memetik sumber, pegawai berpangkat ACP itu bagaimanapun sudah dibebaskan selepas keterangannya direkodkan, namun seorang lagi pegawai berpangkat Superintendan direman semalam untuk membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semua suspek itu ditahan pada Julai tahun…
Berita Global
Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah,…
Berita Domestik
Sementara itu, katanya meskipun kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang anggaran rasmi mengenai…