Cubaan seludup 14 ekor kambing gagal, pemandu Triton ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
foto Kosmo
Seorang lelaki gagal menyeludup sebanyak 14 ekor kambing selepas trak pikap dipandunya yang membawa kesemua haiwan tersebut ditahan di Chabang Empat Tendong, di Pasir Mas pada Selasa.

Suspek yang berusia 41 tahun itu diberkas oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 7 malam semasa sedang memandu trak pikap jenis Mitsubishi Triton.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, anggota PGA mendapati kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan tugasan menerusi Op Taring Wawasan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, sebanyak 14 ekor kambing berada di belakang trak pikap itu.

“Suspek bagaimanapun gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan haiwan yang dianggarkan bernilai RM10,500 itu.

“Siasatan lanjut mendapati, lelaki itu berperanan sebagai penghantar haiwan tersebut ke pasaran tempatan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, kesemua haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita masih menunggu siasatan, saya tidak boleh komen dahulu. Saya tidak mahu membuat kesimpulan…
Informasi
Menurutnya, hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook berkenaan mendakwa terdapat sebuah…
Informasi
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kuala…