Cubaan seludup 12 ekor kambing dengan MPV bercermin gelap

oleh SALINA JALIL|
Cubaan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menggunakan cermin gelap dan turut dipasang langsir, semata-mata mahu menyembunyikan 12 kambing jantan yang diseludup dari negara jiran.

Walaubagaimanapun, belum sempat ternakan itu dipindahkan, ia telah diserbu oleh pasukan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) dengan kerjasama Unit Tiger Platoon Batalion 8.

Serbuan pada jam 2.30 petang semalam diadakan di Pangkalan Haram Lubok Gong, Rantau Panjang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya mengesan aktiviti penyeludupan kambing jenis Boer itu yang menggunakan modus operandi baharu.

 

“Penyeludup menggunakan kenderaan pula untuk memindahkan ternakan yang dibawa masuk, menyeberangi Sungai Golok dengan perahu.

 

“Namun, hasil ketangkasan dan kawalan ketat anggota bertugas, kita berjaya menggagalkan cubaan mereka ketika sedang menarik kambing untuk dimasukkan ke dalam MPV jenis Toyota Unser.

 

“Bagaimanapun, sekumpulan lelaki yang melakukan kegiatan itu sempat melarikan diri dengan perahu ke negara jiran,” katanya pada sidang media di Markas Taktikal Lubok Stol Briged Tenggara PGA di Rantau Panjang, hari ini.

 

Azhari berkata, pemeriksaan anggota mendapati semua kambing itu disusun di tempat duduk penumpang belakang yang sudah dikosongkan.

 

“Kambing itu untuk pasaran tempatan dan semua rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk siasatan lanjut Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

 

“Kes disiasat mengikut Seksen 11 (1) Akta MAQIS 2011,” katanya.

 

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian itu berlaku di lorong pemeriksaan…
Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…