Cubaan rentas daerah - lebih 200 diminta pusing balik pada Hari Raya Pertama

oleh HEZERI SAMSURI|
Lebih dari 200 pemandu di Sabah telah diarah berpusing balik kerana cuba merentas daerah pada Hari Raya pertama semalam.

Seramai 35 individu pula dikenakan kompaun kerana merentas sempadan daerah tanpa permit polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Negeri yang bertanggungjawab akan isu-isu Covid-19, Datuk Seri Masidi Manjun, seramai 218 pemandu diarah berpusing balik dan 322 yang lain diperiksa di 53 sekatan jalanraya yang berlangsung semalam di seluruh Sabah.

Beliau juga berkata 35 individu yang disaman itu adalah antara 65 orang yang dikenakan kompaun kerana kesalahan melanggar SOP Covid-19 seperti tidak memakai pelitup muka dan tidak menyediakan tempat pendaftaran pengunjung.

* Laporan penuh di The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…