Cubaan rempuh orang awam, pemandu lori ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
Susulan video tular di media sosial baru-baru ini, pihak polis telah berjaya menahan seorang pemandu lori yang dipercayai cuba merempuh orang awam di Jalan Kerapu, Taman Permai 3, Seremban.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 46 tahun itu telah berjaya dikesan dan ditahan pada pukul 8 malam semalam (5 Februari).

“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 4 Februari lalu lebih kurang pukul 10 malam. Ia melibatkan sebuah lori jenis Toyota Dyna Hiace berwarna putih yang dipandu seorang lelaki 46 tahun seorang diri.

“Dia cuba merempuh seorang penunggang motosikal dengan mengundurkan lori yang dipandunya ke arah penunggang motosikal tersebut berpunca daripada pertengkaran kecil dan rasa tidak puas hati.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan mengundur dan cuba merempuh penunggang motosikal terlibat di lokasi kejadian seperti yang dirakam di dalam video tular tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Nanda, dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Saringan awal air kencing juga telah dijalankan ke atas suspek dan mendapati keputusan adalah negatif. Permohonan reman akan dimohon untuk siasatan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Semalam media melaporkan pihak polis sedang mengesan seorang pemandu lori yang dipercayai cuba merempuh orang awam dengan video kejadian berdurasi 1.03 minit tersebut tular di media sosial.

Sumber: Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Keadaan jalan itu dikongsikan oleh seorang pengguna jalan raya, Mohd Fauzie Jasneh, 31, menerusi…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…
Berita Domestik
"Video yang dikongsi Facebook itu memaparkan seorang pejalan kaki dilanggar oleh sebuah motosikal…