Cubaan mencuri gagal, dua remaja ditahan kerana tidak tahu menggunakan transmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
Transmisi manual sememangnya merupakan peranti anti-pencuri yang paling berkesan di sesetengah negara, memandangkan tidak banyak pengeluar yang menawarkan transmisi tersebut di dalam pasaran terkini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada The Drive, dua orang remaja ditahan oleh pihak Polis Nashville selepas cubaan dua kali berturut-turut digagalkan oleh transmisi manual. 

Kedua remaja tersebut pada mulanya menjadikan target seorang wanita, dan cubaan tersebut gagal oleh kerana wanita tersebut sempat membunyikan hon untuk menarik perhatian orang ramai. 

 

 

Tidak serik dengan cubaan gagal tersebut, kedua-dua remaja berusia 17 dan 15 tahun itu dengan memecah masuk kereta wanita yang sama petang itu. 

Mereka sempat merampas kunci daripada wanita itu dan kemudian terkedu seketika apabila mendapati kereta wanita itu mempunyai tiga pedal di bahagian bawah. 

Tidak lama selepas itu, tindakan mencurigakan remaja itu dikesan pihak berkuasa dan mereka kini ditahan sabit kesalahan cubaan merompak, dan cubaan melarikan kenderaan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Teknologi masa kini yang lebih moden telah melahirkan pelbagai jenis transmisi automatik yang lebih…
Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…