Cubaan melarikan Proton Wira gagal, pencuri diikat di palang besi

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki ditahan ketika cuba melarikan sebuah kereta Proton Wira yang diletakkan di pasar raya di Lembah Sireh di sini, semalam.

Suspek berusia 36 tahun ditahan jam 4.20 petang oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan letak kereta sebelum melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, suspek kemudian menuju ke sebuah kereta dan masuk menerusi but kereta sebelum menghidupkan enjin kenderaan itu.

“Pengawal keselamatan yang curiga dengan perbuatan suspek terus menghubungi polis dan pada masa sama, dia bersama rakan sekerja menghampiri kereta lalu menahan lelaki terbabit.

“Pengawal keselamatan turut meminta pertolongan orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu sementara menunggu kehadiran pihak polis pada jam 5 petang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
 

model yang popular di kalangan pencuri pencopet sekalian alam


Abdul Rahim berkata ketika kejadian, pemilik kereta yang juga penuntut sebuah kolej berusia 23 tahun meletakkan keretanya di kawasan itu pada jam 12.30 tengah hari dan pulang ke rumah sewa di lokasi berdekatan.

Katanya, kereta ditinggalkan dalam keadaan berkunci dan jam 5.10 petang, pemilik menerima panggilan daripada rakannya yang memaklumkan kenderaan itu cuba dicuri oleh seorang lelaki.

“Pemilik kereta kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai 31 rekod kesalahan lampau termasuk dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A/511 Kanun Keseksaan kerana cuba mencuri kereta,” katanya.

Abdul Rahim turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan kunci tambahan apabila meninggalkan kereta masing-masing terutama kenderaan model lama yang menjadi sasaran penjenayah.

Sebuah video selama tiga minit viral sejak malam tadi, memaparkan lelaki itu dengan kedua-dua kaki dan tangan diikat pada palang besi oleh orang ramai, dipercayai kerana cuba mencuri kereta.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata hasil maklumat dan…
Informasi
  Sumber berkata, siasatan mendapati kakitangan itu berkemungkinan adalah ahli sindiket mencuri…
Berita Domestik
Sepasang lembu jantan dan betina disumbatkan ke tempat duduk belakang Perodua Myvi yang dipandunya…