Cubaan lari dari polis - Pemandu Alza bawa enam PATI dari Gua Musang ke KL ditahan (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Polis menahan seorang tekong darat dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dalam kejadian di Taman Mesra di Gua Musang pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan mengejut di Jalan Gua Musang-Lepan Jaya ternampak sebuah MPV jenis Perodua Alza membuat pusingan U dalam keadaan mencurigakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Anggota bertugas telah mengekori kenderaan yang dipandu suspek berusia 45 tahun itu sehingga berjaya ditahan di Taman Mesra.

 

"Semasa proses tangkapan dibuat telah berlaku pergelutan antara polis dan suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

 

Menurutnya, hasil pemeriksaan menjumpai dua wanita dan empat lelaki warga Myanmar berusia 19 hingga 30 tahun di bahagian penumpang belakang.

 

Beliau berkata, kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini secara sah.

 

Katanya, suspek dipercayai dalam perjalanan membawa PATI tersebut ke Kuala Lumpur.

 

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 26 J Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1) ( c) Akta Imigresen dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Video di bawah:

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Sinar Harian melaporkan bahawa beberapa PATI yang ditahan  di pasar berkenaan mengaku telah…
Berita Domestik
  Lelaki tersebut  telah ditahan polis di kilometer 9.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran lampu…
Berita Domestik
  "Anggota polis mengarahkan pemandu kenderaan itu berhenti, namun ia terus memecut laju lalu…