Cubaan elak sekatan jalan raya bawa padah!

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video viral/gambar kecil Ketua Polis Daerah Sungai Buloh
Seorang penunggang motosikal cedera gara-gara melawan arus dan merempuh sebuah kereta ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya di Subang Perdana, di Sungai Buloh pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar berkata, kejadian pada jam 6.17 petang itu berlaku apabila lelaki tersebut bertindak demikian kerana cukai jalan dan insurans motosikal sudah tamat tempoh selain tidak mempunyai lesen memandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC terbabit cuba berpatah balik dengan melawan arus sebelum merempuh Proton Persona," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, penunggang terbabit mengalami luka kecil dan menerima rawatan di klinik berhampiran.

"Kedua-dua pemilik kenderaan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Sebelum itu, tular di media sosial Facebook satu rakaman video berdurasi 52 saat memaparkan tindakan penunggang motosikal itu.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…
Berita Domestik
"Walau bagaimanapun, selepas pemerhatian dari video tersebut, terdapat beberapa buah kenderaan yang…
Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…