Cubaan bawa lari Camaro dari kilang GM, sembilan suspek ditahan

oleh Mohamad Hanif|
Tujuh unit Chevrolet Camaro serba baharu dilaporkan cuba dibawa lari daripada kilang Lansing Grand River milik General Motors.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Michigan State Police, beberapa pasukan polis daripada Lansing Post dan Brighton Post telah dikerahkan untuk 'membanjiri' lebuh raya I-96 kira-kira jam 12.17 pagi dalam usaha untuk mengesan kesemua unit Chevrolet Camaro yang dicuri itu.

Lima unit berjaya dikesan sedang cuba melarikan diri, menyebabkan aksi kejar mengejar berkelajuan tinggi antara pihak pencuri dan pihak berkuasa, sehinggakan pasukan polis terpaksa menggunakan 'stop stick' untuk menghentikan cubaan tersebut.

 


Seramai sembilan orang suspek berusia antara 20 hingga 24 tahun telah ditangkap dan berdepan dengan senarai pertuduhan yang agak panjang termasuk melarikan diri daripada pihak berkuasa, menerima dan menyembunyikan kenderaan curi, konspirasi melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan banyak lagi.

Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporakan daripada kedua-dua belah pihak.

GM dalam satu kenyataan menyebut, "kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, dan akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di kilang dan kawasan parkir di sekeliling fasiliti.

Sumber: GM Authority

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, unit terakhir Camaro merupakan sebuah unit ZL1 1LE (gambar utama) yang dipadankan…
Berita Global
Menurut Chevrolet, edisi terakhir Camaro generasi keenam akan keluar dari barisan pemasangan di…
Berita Global
Baru-baru ini, syarikat penala dari Jepun iaitu Gibson telah menghasilkan satu lagi kit badan untuk…