Cuba rempuh polis, pemandu Proton Wira ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki bertindak agresif apabila memecut laju kenderaan dinaiki sebelum cuba melanggar anggota polis dalam kejadian di Kampung Kubang Bemban, di Pasir Mas, semalam.


Terdahulu, anggota polis yang melakukan rondaan terserempak dengan kereta Proton Wira itu dalam keadaan mencurigakan pada 5.30 pagi.

 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, anggota kemudian mengarahkan pemandu lelaki berusia 44 tahun untuk memberhentikan kenderaan.

 

Menurutnya, suspek tiba-tiba bertindak memecut keretanya dan polis mengambil masa selama 30 minit untuk mengejar kenderaan itu.

"Bagaimanapun, suspek gagal mengawal kenderaan dan melanggar batu penghadang jalan, tetapi dia bertindak menghidupkan semula enjin dan mengundurkan kereta serta cuba merempuh seorang anggota yang berada di belakang.

 

"Anggota terbabit sempat mengelak sebelum berjaya menahan suspek di halaman sebuah rumah," katanya ketika dihubungi.

 

Mohd Nasaruddin berkata, semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan dadah dan pernah dibuang daerah di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LPPK).

 

"Siasatan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pegawai Operasi Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Azhar Jaafar…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika mahu…
Berita Domestik
  Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II,…