Cuba masuk Kelantan, 500 kenderaan diarah patah balik

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 500 kenderaan diarahkan berpatah balik sehingga petang semalam, ketika melalui tiga sekatan jalan raya utama untuk memasuki negeri Kelantan.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selain tiada surat kebenaran rentas negeri, pengguna jalan raya juga memberi alasan yang tidak munasabah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Katanya, seakan bertindak nekad, ada juga sebahagian perantau, mencetak surat kebenaran rentas negeri yang dimuat turun menerusi laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa tandatangan serta cop kebenaran pihak berkuasa.

 

"Ramai diarahkan berpatah balik kerana tiada surat kebenaran rentas negeri malah ada yang lebih berani apabila mencetak surat itu tanpa sebarang pengesahan (polis).

 

"Saya anggap tindakan itu sebagai mencuba nasib namun kita berjaya kesan cubaan itu sebelum mereka dikenakan kompaun dan diarahkan berpatah balik.

 

"Paling ramai diarah berpatah balik adalah di sekatan jalan raya sempadan Gua Musang dan Pasir Puteh," katanya kepada pemberita di sini, tengah malam tadi.

 

Dari segi jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan beberapa hari kebelakangan ini, berlaku peningkatan sebanyak tujuh peratus berbanding hari biasa walaupun berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Terdahulu, beliau membuat tinjauan di dua sekatan jalan raya dalam mukim Bunut Susu sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan tiga kampung iaitu Kampung Paya Ular, Tualang dan Bechah Palas yang berkuatkuasa pada tengah malam ini sehingga 22 Mei.

 

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

 

Shafien berkata, seramai 117 yang terdiri daripada anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terbabit dalam penugasan di 13 sekatan jalan raya sempena PKPD itu.

 

"Tiga lokaliti ini membabitkan kira-kira 1,800 penduduk iaitu 500 keluarga yang mana kami rasakan tugasan kali ini tidak semudah seperti sebelum ini kerana merangkumi kawasan luas.

 

"Kami juga sudah mengenalpasti sebanyak 30 laluan alternatif termasuk lorong tikus yang terdapat dalam kawasan ini namun yakin bahawa penduduk akan memberi kerjasama kepada pasukan petugas.

 

"Pada masa sama, kami sangat mengharapkan agar penduduk membuat ujian calitan dengan segera kerana saya difahamkan mereka yang sudah tampil belum mencapai 50 peratus," katanya.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Jalan Duta mendapati trafik masuk ke Kuala Lumpur berjalan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas…
Berita Domestik
  Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku…