Cub Prix Malaysia PETRONAS: Nazirul kuasai pusingan kedua

oleh SALINA JALIL|
Nazirul Izzat Mohd Bahauddin yang baru menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor musim ini, menghadiahkan kemenangan pertama musim 2021 kepada pasukan berkenaan di pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS, di Sepang, semalam.


Kemenangan Nazirul Izzat yang dicatat dengan masa 14 minit 38.028 saat itu adalah kemenangan CP150 kedua bagi pelumba berusia 21 tahun itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saya begitu berpuas hati dengan keputusan hari ini. Kemenangan ini sememangnya begitu berharga bagi saya. Selepas lebih enam bulan tidak beraksi akibat kecederaan tangan, kemenangan ini memulihkan tahap keyakinan saya untuk terus berjuang merebut takhta CP150 musim ini.

 

"Kemenangan ini lebih berharga kerana ianya seperti hadiah awal untuk pasukan baru saya – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor," kata Nazirul yang kali terakhir meraih kemenangan terakhir pada musim 2019 di Kangar.

 

Azroy Hakeem Anuar menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 14'38.096s. Tempat ketiga menjadi milik pelumba SCK Honda Racing Team, Mohd Izam Ikmal.

 

Dengan kemenangan ini, Nazirul mengambil alih kedudukan teratas keseluruhan CP150 dengan 29 mata. Mohd Muzakkir Mohamed jatuh ke tangga kedua dengan 28 mata manakala Mohd Izam Ikmal kini menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan 25 mata.

 

 

Sementara itu, perlumbaan akhir CP125 dimenangi Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team dengan catatan 11'27.095s.

 

Hanya 0.003s membezakan kedudukan Adib di tempat pertama dengan Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team di tempat kedua. Ahmad Syukran Aizat mengisi podium ketiga dengan 11'27.159s. Adib kini mendahului buruan takhta CP125 dengan 41 mata kejuaraan.

 

Dalam kategori Wira KBS pula, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing tetap dominan dalam kelas junior itu apabila sekali lagi menyapu bersih podium perlumbaan WIRA.

 

Mohd Aqil Danial Nasrul menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan 10'07.020s diikuti Danial Johan dan Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende.

 

Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 22 dan 23 Mei ini.

 

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan:

 

CP150 -

1. Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 14:38.028s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda Yuzy Idemitsu Team) 14:38.096s

3. Md Izam Ikmal (SCK Honda Racing Team) 14:38.291s

4. Md Affendi Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing) 14:38.297s

5. Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 14:38.342s

 

 

CP125 -

1. Md Adib Rosley (Ipone Yamaha YY Pang Racing Team) 11:27.095s

2. Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing Team) 11:27.098s

3. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) 11:27.159s

4. Md Firdaus Md Hamdan (MOTO1 Koyoko Honda KC Racing Team) 11:27.177s

5. Md Aeiman Hafidz Shahril (ONEXOX TKKR Racing Team) 11:27.301s

 

 

WIRA -

1. Md Aqil Danial Nasrul (PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing) 10:07.020s

2. Danial Johan (PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing) 10:07.189s

3. Md Syamil Amsyar M Iffende (PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing) 10:07.195s

4. Md Idlan Haqimi Raduan (Idemitsu DFZ Yam Honda Racing) 10:07.225s

5. Md Harith Haziq Zamri (Castrol Power1 Honda Team) 10:07.286s

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pengasas AHM Motorsport, Kenny Chua berkata, “Tahun 2023, merupakan detik sangat bermakna buat kami…
Sukan Bermotor
  Selepas pembuka tirai musim 2020 berakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 17 Julai lalu,…
Sukan Bermotor
  Selepas penangguhan aksi Pusingan 1 yang dijadualkan berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor…