Cuaca panas ekstrem di China: CATL, Toyota, VW terpaksa tutup kilang enam hari

oleh Mohamad Hanif|
China kini terpaksa berdepan dengan masalah baharu.

Beberapa buah kilang pengeluaran di wilayah Sichuan terpaksa dihentikan operasi selama enam hari disebabkan oleh gelombang haba yang paling buruk melanda China dalam tempoh 60 tahun.

Beberapa syarikat seperti Toyota, Contemporary Amperex Technology Co. Ltd (CATL) dan Volkswagen dilapor menutup kilang mereka buat sementara waktu memandangkan sistem grid kuasa tidak mampu untuk menampung permintaan yang tinggi.

Wilayah Sichuan mengalami cuaca panas ekstrem sejak Julai lalu, dengan suhu yang mampu mencecah 40°C mengakibatkan permintaan terhadap sistem pendingin hawa meningkat, sekaligus memberikan beban besar kepada sistem grid kuasa.

Cuaca panas ekstrem itu turut menyebabkan paras air sungai menurun, dan mengurangkan kadar kuasa elektrik yang diproduksikan oleh stesen janakuasa hidroelektrik.

Beberapa langkah penjimatan kuasa telah dilaksanakan termasuklah menghentikan sementara operasi kilang, sementara bandar Luzhou telah mengarahkan sistem lampu jalan dipadamkan pada waktu malam untuk mengurangkan beban ke atas sistem grid.

Beberapa bulan kebelakangan ini, China sekali lagi berdepan dengan peningkatan kes COVID-19, menyebabkan sesetengah syarikat automotif terpaksa menutup kilang pemasangan kenderaan.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Platform yang sama akan turut digunakan oleh Geely untuk sebuah model sedan elektrik yang bakal…
Berita Global
Bersempena dengan detik bersejarah itu, Ferrari telah menghasilkan sebuah Ferrari Roma binaan…
Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…