Cuaca buruk punca penerbangan Batik Air alami kelewatan - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor telah menerima laporan penuh berhubung insiden kelewatan penerbangan Batik Air akibat cuaca buruk, menurut Malaysiakini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Loke berkata, "Saya diberi laporan penuh. Pesawat itu terpaksa melencong ke Langkawi, dan sebaik tiba di Langkawi juruterbang telah melepasi waktu penerbangan mereka," katanya.

“Jadi satu set kru baru perlu diterbangkan ke Langkawi, justeru penangguhan beberapa jam.

"Sudah tentu ini bukan alasan tetapi saya hanya mengatakan dari segi keadaan syarikat penerbangan itu beroperasi," kata Loke.

"Tetapi kita berharap dari segi pengendalian komunikasi dan penerbangan tertangguh, ia boleh menjadi lebih baik pada masa hadapan," tambahnya.

Beliau menambah, penumpang yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

"Kita mempunyai sistem yang sedia ada. Kita mempunyai pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ini. Jadi Mavcom adalah saluran dan platform yang tepat untuk mereka membuat aduan.

"Pejabat menteri bukan biro aduan. Saya tidak boleh uruskan setiap aduan, jadi jika ada sebarang aduan tertentu sudah tentu mereka boleh membuat aduan kepada Mavcom," katanya.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penumpang yang tidak berpuas hati dengan mekanisme pampasan sedia ada, termasuk oleh Air Asia, yang tidak menawarkan pilihan tunai untuk penerbangan yang dibatalkan dan tuntutan yang tidak diselesaikan sejak lebih dua tahun lalu disebabkan penutupan sempadan Covid-19.

Terdahulu, Anthony Loke telah mengarahkan Batik Air memohon maaf selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak, pada Jumaat tertangguh selama lebih lapan jam.

Difahamkan, penumpang yang terkandas di KLIA mengadu tiada komunikasi atau bantuan yang ditawarkan oleh kakitangan syarikat penerbangan itu.

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Keadaan semakin pulih dan mereka mula bersambung seawal jam 7 malam hari ini. “Ramalan…
Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…