Cuaca buruk - 66 penumpang cemas, pesawat Firefly terpaksa dilencongkan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tular video dalam pesawat Firefly yang berdepan cuaca buruk dan penerbangan terpaksa dilencongkan.


Penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB), Subang, Selangor ke Lapangan Terbang Seletar (XSP), Singapura yang mempunyai seramai 66 penumpang dan empat kru kapal terbang Firefly berdepan detik cemas susulan cuaca buruk pada Ahad.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Syarikat penerbangan Firefly dalam satu kenyataan memberitahu, pesawat Firefly FY3124 tersebut berlepas dari SZB pada jam 7.20 pagi dan dijadual tiba di SXP pada 8.40 sebelum mengalami gangguan tersebut.



"Walau bagaimanapun, pesawat tersebut telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini sementara menunggu cuaca reda sebelum membuat penerbangan semula ke Seletar.

 

"Seramai 66 orang penumpang, termasuk seorang bayi berserta empat orang anak kapal berada dalam pesawat berkenaan," menurut kenyataan tersebut.



Sehubungan itu, menurut kenyataan itu, pihak Firefly mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua penumpang atas kesabaran mereka sehingga selamat sampai.



"Keselamatan penumpang dan anak kapal sentiasa menjadi keutamaan kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya lagi.

 

 

NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Malaysia Aviation Group (MAG), ia adalah sebagai satu tambahan kepada 20,000 tempat duduk…
Informasi
  Penerbangan balik FY3533 pula berlepas dari KNO ke PEN pada jam 11:50 pagi.   Sebelum pandemik…
Informasi
    Menurut laporan dari Harian Metro, tambang istimewa terbabit sah serta-merta untuk perjalanan…