CSC E-RT3 2023 muncul di US - skuter maxi elektrik 22.8 hp, jarak gerak 200 km, dari RM32k

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga ke saat ini, negara kita Malaysia sudah pun menerima kehadiran beberapa model skuter berkuasa elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ada beberapa masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pengguna untuk beralih - saiznya yang kecil, kelajuan tunggangan yang perlahan, jarak tunggangan yang terlalu dekat, fasiliti pengecasan yang tidak meluas dan harga jualan di luar julat kemampuan.

Di negara Uncle Sam, syarikat pengedar motosikal dan skuter yang berpangkalan di selatan California baharu sahaja melancarkan skuter elektrik bersaiz besar yang dinamakan sebagai CSC E-RT3.
 

Rt3


Ya, secara asasnya ia merupakan kembar kepada skuter WMoto RT3 (gambar atas) yang wujud di pasaran Malaysia, namun tidak seperti RT3, E-RT3 membawakan trenkuasa elektrik sepenuh masa yang lebih sesuai digunakan atas lebuh raya.

E-RT3 didatangkan dengan motor elektrik dengan sistem pacuan tali sawat yang menggerakkan roda belakang, berkuasa 10.7 hp dalam mod kuasa berterusan, atau kuasa puncak sehingga 22.8 hp dengan daya kilas maksimum 530 Nm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 8.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 120 km/j.
 

RT3


Pek bateri lithium 72V berkapasiti 6.9 kWh itu membolehkan jarak tunggangan sejauh 200 km dicapai untuk sekali cas penuh, dengan kelajuan purata 50 km/j sahaja.

Ia turut menyokong pengecasan pantas 3.3 kW yang membolehkan bateri dicas 30-80 peratus dalam masa 70 minit, atau pengecasan normal dalam tempoh masa enam hingga lapan jam.

Ciri lain termasuklah rim 15 inci depan dan 14 inci belakang, sistem brek ABS Bosch dua saluran serta sistem brek kombinasi untuk tujuan keselamatan, paparan TFT, sistem pemantauan tekanan tayar, sistem pembesar suara terbina, rak belakang aloi aluminium serta sistem permulaan tanpa kunci.
 

rt3


Menurut laporan Electrek, CSC akan menjual E-RT3 pada harga bermula dari $6,999 (RM31,779) untuk sepanjang tempoh pra-tempahan, sebelum dijual pada harga sebenar $7,299 (RM33,141).

Sebagai makluman, WMoto RT3 turut dijual secara rasmi di pasaran Malaysia dengan enjin 247 cc berkuasa 23 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 22.5 Nm @ 6,500 rpm, dan harga jualan bermula dari RM17,888.

Baca: WMoto RT3S 2022

 

CSC E-RT3