CRRC dedah tren maglev berkeupayaan capai 600 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di Jepun, Kawasaki Heavy Industries dan Hitachi sudah pun memulakan pengujian keretapi peluru Shinkansen Alfa-X berkelajuan 400 km/j dan jangkaan operasi bermula pada 2030.

Perlumbaan keretapi terpantas nampaknya semakin sengit apabila pengeluar keretapi terbesar di China dan di dunia, China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dilaporkan sedang menguji tren maglev (magnetic levitation) yang berkeupayaan membawa penumpang pada kelajuan 600 km per jam!

Laporan CNN menyebut tren maglev tersebut kini sedang memasuki fasa pengujian sebelum dijangka diproduksikan sepenuhnya menjelang tahun 2021.

Menurut timbalan ketua jurutera CRRC, Ding Sansan berkata, kelajuan 600 km per jam ini membolehkan tren maglev tersebut bergerak selama 3 jam 30 minit daripada Beijing menuju ke Shanghai. 

Jika diikutkan perjalanan menaiki kapal terbang (termasuklah proses check-in dan check-out), sesebuah perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam 30 minit, walaupun kelajuan kapal terbang lebih pantas (antara 880 - 926 km/j). 
 

Shanghai Maglev Train

Kenapa tren maglev boleh bergerak lebih pantas berbanding tren peluru? 

Mudah, sistem operasi tren maglev menggunakan tenaga angkat (levitation) daripada sistem magnet, jadi secara teorinya, tiada sebarang daya geseran (melainkan geseran udara) yang bertindak ke atas tren ketika bergerak. 

Oleh sebab itu kebanyakan tren maglev mempunyai halaju yang sangat tinggi, dan China sudah mempunyai tren maglev terpantas di dunia, berkelajuan 431 km/j yang beroperasi sejauh 30 km daripada lapangan terbang Shanghai ke pusat bandar. 
 


Setakat ini, Jepun masih memegang rekod kelajuan tertinggi tren maglev di dunia - Chuo Shinkansen - dengan kelajuan maksimum 603 km/j yang dicapai pada tahun 2015. 

Chuo Shinkansen yang bakal beroperasi pada tahun 2027 itu bakal menghubungkan Tokyo dan Nagoya dalam masa 40 minit (jika keretapi peluru biasa dalam masa 100 minit) dan Tokyo-Osaka (jangkaan operasi 2037) dalam masa 67 minit dengan kelajuan operasi 505 km/j. 

Sumber: The Verge

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehpercayaan perkhidmatan rel dan…
Berita Global
Menurut laporan Harian Metro, pelancong yang bernama Patrick Ward, 45, maut selepas terjatuh kira-…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata kejadian pada jam 9.40 pagi…