Crossover Yaris hadir dengan sistem pacuan AWD dan trenkuasa hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dalam satu perkembangan lain telah pun mengesahkan kehadiran sebuah lagi model crossover kecil yang bakal memunculkan diri di acara Geneva Motor Show 2020 tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan berdasarkan platform Yaris Eropah (dan GR Yaris), crossover ini bakal duduk di bawah Toyota C-HR serta memberikan saingan secara terus kepada model seperti Nissan Juke dan juga Renault Captur. 

Toyota juga turut mengesahkan bahawa crossover ini bakal hadir dengan sistem pacuan semua roda pintar yang dikuasakan oleh trenkuasa hibrid. 

 


Berdasarkan gambar acah yang dibekalkan, lampu belakang crossover ini tampil dengan rekaan yang tipis, serta kehadiran lencana Hybrid dan AWD di bahagian tersebut. 

Selain daripada crossover itu tadi, Toyota juga bakal membawakan model RAV4 plug-in hybrid yang juga membuat kemunculan rasmi di Eropah, dengan nadi berkuasa 306 PS dan jarak sifar emisi sejauh 65 kilometer. 

Beberapa jentera Gazoo Racing turut mengambil bahagian seperti GR Yaris, jentera WRC GR Yaris serta Hilux Dakar 2020. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Contoh yang ketara, Sony PlayStation5 di mana Sony kini menghadapi masalah untuk memenuhi…
Sukan Bermotor
Tidak seperti jentera musim lalu, kali ini Toyota menggunakan asas daripada model GR Yaris yang…
Berita Global
Ini kerana Yaris GR Sport masih lagi mengekalkan bentuk badan hatchback empat pintu yang sama…