Crossover segmen B Toyota diumumkan - bakal duduk di bawah C-HR

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini beberapa media telah melaporkan berkenaan perancangan Toyota untuk memperkenalkan sebuah lagi model crossover bagi memberikan saingan yang lebih hebat kepada segmen yang semakin tepu itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini telah pun disahkan sendiri oleh Toyota di mana mereka mengumumkan pelancaran model baharu yang bakal bertempat tidak lama lagi. 

Crossover baharu ini masih lagi tidak bernama, namun Toyota tidaklah sekadar menggunakan platform Yaris (TNGA-B) dan memasang suspensi yang lebih tinggi dan solekan kosmetik semata-mata. 

Sebaliknya, ia adalah sebuah model SUV segmen B baharu yang kompak, rekabentuk yang dinamik dan memiliki personaliti tersendiri, menurut Matt Harrison, Naib Presiden Eksekutif Toyota Eropah. 

Dalam masa yang sama, Toyota turut menerbitkan lakaran kasar yang menampakkan SUV segmen B yang memiliki karakteristik yang 'berotot' berbanding Yaris yang lebih 'ayu'.

Apa yang pasti, crossover Yaris ini bakal diposisikan di bawah C-HR dan fasa produksi akan  mengambil tempat di Toyota Motor Manufacturing France (TMMF) di Onnaing, Perancis. 

Informasi seperti nama model, spesifikasi, harga serta perancangan Toyota akan diumumkan dalam masa terdekat. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan imej teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Toyota sendiri, serta kehadiran…
Berita Global
Menurut laporan Best Car Web, Toyota C-HR 2024 dijangka akan membawakan penawaran trenkuasa hibrid…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, lelaki berusia…