Crossover kecil Toyota bakal diancarkan

oleh HEZERI SAMSURI|

Pasaran untuk crossover semakin membesar dan kerana itu, crossover atau SUV kini hadir di dalam pelbagai segmen.

Antara yang masih kurang ialah SUV kecil untuk segmen A atau B dan media antarabangsa kini melaporkan Toyota bakal hadir dengan satu model untuk mengisi kekosongan itu.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Dipercayai dibina berdasarkan model konsep Daihatsu DN-Trec Concept yang dipamerkan di dalam Pameran Automotif Tokyo dua tahun lalu, SUV baharu ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Toyota sebenarnya perlu menghasilkan model ini untuk berdepan dengan pesaing-pesaingnya seperti Maruti Vitara Brezza, Tata Nexon, Mahindra XUV300, Ford EcoSport dan juga Geely/Proton X50.

 

 

Informasi yang diterima juga ialah SUV kecil ini akan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) baharu dan menggunakan enjin 1.0L 3-silinder petrol.

Pasaran Malaysia mungkin memerlukan enjin yang lebih berkuasa seperti enjin 1.5L VVT-i kerana keperluan untuk memandu jauh dan laju di lebuhraya.

Samada ia akan dijual dengan jenama Toyota atau Perodua di sini, itu tidak dapat ditentukan tetapi Careta yakin ia pasti popular kerana enjin yang terbukti lasak, menjimatkan bahan api dan murah untuk diselenggara akan tetap memenangkan hati pengguna.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru di Texas, Toyota memperkenal Tundra 1794 Special Edition Premium yang dibuat sebanyak 1…
Berita Global
  Warna Barcelona Red dengan bumbung Jet Black nampak menyerlah dan terdapat dua lagi pilihan…
Berita Global
Terima kasih kepada penglibatan berterusan di dalam sukan permotoran, Toyota kini boleh menggunakan…