Crossover coupe elektrik Mazda MX-30 mula diproduksikan

oleh Mohamad Hanif|
Tanggal 20 haribulan lima tahun 2020 merupakan tarikh di mana Mazda memulakan fasa produksi bagi crossover elektrik Mazda MX-30.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Crossover yang dibina khusus berdasarkan spesifikasi pasaran Eropah itu dibina di kilang nombor satu Ujina di Hiroshima, Jepun, dan difahamkan memiliki tanda harga bermula dari £30,495 (RM162,068).

Mazda MX-30 dibangunkan menggunakan platform e-Skyactiv yang tidak berkongsi dengan mana-mana model Mazda sedia ada, serta menampilkan trenkuasa elektrik sepenuh masa yang terdiri daripada motor elektrik serta pek bateri berkapasiti 35.5 kWh.

 


Atas kertas, Mazda MX-30 ini mampu menghasilkan 142 kuasa kuda dan 263 Nm daya kilas, serta jarak operasi sejauh 200 kilometer untuk sekali cas penuh mengikut data kitaran WLTP.

Untuk pengecasan pula, Mazda mendakwa pek bateri tersebut mampu mencapai kapasiti 80 peratus dalam masa 40 minit menggunakan sistem pengecasan pantas DC.

Manakala bagi mereka yang menginginkan crossover dengan jarak yang lebih jauh perlu menunggu versi range extender yang difahamkan bakal menampilkan unit enjin rotari, seperti yang dilaporkan pada bulan lalu.

Dari segi luaran, Mazda MX-30 merupakan sebuah crossover coupe diinspirasikan daripada Mazda CX-30 dengan reka bentuk pintu menyerupai mekanisme yang ada pada Mazda RX-8.

 


Aspek reka bentuk papan pemuka Mazda yang moden seperti yang terdapat pada Mazda3 turut diterapkan pada pembangunan Mazda MX-30 di mana ia lebih ringkas, namun kekal elegan dan premium dalam masa yang sama.

Sebagai sebuah kereta elektrik dengan tujuan mesra alam sekitar, Mazda juga turut menerapkan penggunaan bahan kitar semula di dalam pembuatan MX-30 seperti trim panel pintu fabrik yang menampilkan fiber daripada botol plastik yang dikitar semula.

Dalam satu laporan lain, Mazda Malaysia juga turut mengesahkan kehadiran model MX-30 ini ke tanah air seawal suku keempat tahun ini, selain mempertimbangkan pemasangan CKD menjelang tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, SUV elektrik kecil itu akan terus dijual di pasaran Eropah dan Jepun. Menurut…
Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…
Berita Global
Buat para peminat nadi Wankel, ini merupakan satu berita gembira di mana Mazda bakal melancarkan…