Crossover coupe Borgward BX6 kini menjengah pasaran

oleh Mohamad Hanif|
Borgward kini meluaskan lagi penawaran model SUV keluaran mereka dengan pelancaran model BX6, sebuah crossover coupe empat pintu.

Sumber awal menyebut Borgward BX6 ini bakal dijana menggunakan enjin turbo 2.0 liter empat silinder menghasilkan 220 bhp.

Kuasa itu kemudiannya disalurkan kepada pacuan semua roda menerusi sistem transmisi automatik. 
 


BX6 ini turut didatangkan dengan lampu hadapan jenis LED, rim bersaiz 19 inci, trim dalaman kulit serta ciri sistem berhenti melahu. 

Versi plug-in hybrid (PHEV) juga menurut Borgward dijangka hadir tidak lama lagi. 

Borgward dijangka akan melancarkan SUV coupe ini di Timur Tengah dan Amerika pada tahun ini diikuti dengan pasaran China dan Asia bermula 2019.

Sebagai maklumat tambahan, Borgward juga kini sudah bertapak di Malaysia dengan perancangan pelancaran SUV BX5 dan BX7 dijangka akan dilakukan menjelang suku ketiga tahun 2018.
 


Sumber: CarThrottle

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Borgward Malaysia menerusi acara jelajah yang dianjurkan di Juru Auto City Pulau Pinang nampaknya…
Berita Domestik
Borgward Malaysia bakal memulakan fasa pemasangan tempatan (CKD) bagi model BX5 yang dijangka pada…
Berita Domestik
Jenama yang datang dari Jerman ini, Borgward pernah muncul di Malaysia Autoshow 2018 dan disahkan…