Cross Hub Concept - Trak pikap dari Yamaha

oleh HEZERI SAMSURI|
Bukan menjadi kejutan Yamaha menghasilkan kereta konsep kerana ia memang sudah dilakukan oleh syarikat motosikal Jepun itu beberapa kali.

Namun tidak seperti KTM yang terus menghasilkan KTM X-Bow yang sporti dan telah pun lama dijual secara global, Yamaha masih berada di dalam tahap model konsep.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun ini, di pameran Tokyo Motor Show, Yamaha mengusung keluar sebuah model konsep dalam bentuk trak pikap yang mempunyai saiz kompak - Cross Hub Concept.

Menurut Yamaha, mereka mencari saiz yang sesuai untuk dipandu di bandar, mahupun di kawasan belukar untuk ke trek motocross membawa dua motosikal di belakang.

Untuk memastikan trak pikap ini kompak tetapi ruang dalam mampu memuatkan empat penumpang, Yamaha menggunakan bentuk berlian untuk kabin ini.

Hasilnya, pemandu duduk di tengah dan diapit oleh dua orang penumpang dan seorang lagi di belakang pemandu.

Dek pikap belakang menggunakan lantai kayu, umpama bot-bot mewah. Tidak ada informasi mengenai enjin dan transmini kerana kami tidak dilayan oleh sesiapa.

Walaupun Careta merasakan konsep pikap ini ialah apa yang syarikat Smart Car akan bina, tetapi lambat laun kita tahu bahawa kenderaan besar seperti trak F150 tidak begitu relevan dengan keadaan jalanraya dan juga harga pasaran minyak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…